Bintang veteran Manchester United, Ryan Giggs yakin pasukannya hanya menunggu masa untuk menyingkirkan pendahulu liga ketika ini Manchester City, sekaligus mempertahankan kejuaraan liga yang mereka menangi musim lalu. Menurut Giggs, pengalaman, semangat dan mental juara yang dimiliki United adalah aset paling penting yang tidak dimiliki `jiran yang bising' itu dalam perlumbaan mengejar kejuaraan musim ini. Ketika ini, City menduduki tangga teratas dengan 60 mata, manakala United ketinggalan dua mata di tangga kedua liga. Berbaki 13 perlawanan yang perlu diharungi musim ini, Giggs tetap optimis segalanya akan berubah dalam tempoh terdekat. "Saya kira kebanyakan orang memilih mereka (City) sebagai calon juara kerana mereka kini berada di puncak liga. Mereka juga mempunyai kualiti. Dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, mereka jelas sedang membina pasukan untuk tempoh 10, 20 atau 30 tahun ke depan. Apakah mereka berjaya atau tidak, kami akan tunggu dan lihat saja", kata Giggs. Bagi pemain berpengalaman itu, pasukan yang berjaya mengatasi tekanan akan keluar sebagai juara di akhir musim nanti. Meskipun mengakui, City dilimpahi dengan bakat-bakat besar seperti Sergio Aguero, Yaya Toure dan David Silva, Giggs tetap yakin United mampu menyingkirkan City dalam perebutan kejuaraan liga nanti. "Mereka mempunyai beberapa pemain berpengalaman dalam pasukan, tetapi kami juga adalah pasukan yang berpengalaman dan sentiasa laparkan kejuaraan. Saya kira, pengalaman akan membantu dan pengalaman pengurus (Sir Alex Ferguson) akan menjadi faktor penentu", ujarnya. Giggs menyifatkan United memiliki sebahagian pemain berpengalaman yang sudah biasa memenangi pingat kejuaraan dan beberapa pemain muda yang laparkan kejuaraan. Faktor ini menurut Giggs akan membantu pasukannya keluar sebagai juara di akhir musim nanti. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan