`Lagenda hidup' Manchester United, Ryan Giggs bersetuju menyambung kontraknya selama semusim lagi sekaligus menyaksikan dia bakal beraksi untuk musim 2012/13 nanti. Kontrak ini juga bakal menyaksikan pemain veteran berusia 38 tahun itu akan mengharungi musim ke-22nya di Old Trafford. Giggs yang sudahpun bermain sebanyak 898 perlawanan buat United muncul satu-satunya pemain yang menjaringkan gol pada setiap musim saingan liga England. "Ketika pertama kali menandatangani kontrak, saya tidak menyangka mampu bermain untuk United selama 22 tahun. Saya merasa baik ketika ini dan saya masih mampu memberikan sumbangan kepada pasukan memenangi kejuaraan", kata Giggs. Giggs yang menyertai United pada 1987 diusia 14 tahun, melakukan debut bersama skuad utama The Red Devils pada tahun 1990 selepas menandatangani kontrak sebagai pemain profesional. Sir Alex Ferguson dalam kenyataanya selepas mengumumkan lanjutan kontrak itu di laman rasmi United, memuji Giggs sambil menyifatkannya sebagai pemain yang cukup luar biasa. "Ryan pemain yang luar biasa. Dalam banyak hal, dia menjadi lambang kepada pasukan saya di United. Dia beradaptasi dengan perubahan zaman dan sentiasa laparkan kejayaan. Disetiap sesi latihan dan perlawanan sebenar, dia merupakan contoh buat pemain lain. Di bilik persalinan, pemain-pemain muda harus mengambil kesempatan untuk belajar dari seorang pemain yang mempunyai rekod yang sukar untuk diatasi oleh pemain lain", kata Ferguson. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan