Kapten pasukan, Nemanja Vidic dijangka pulih lebih awal dari yang apa yang diramalkan sebelum ini, dan ada kemungkinan boleh membantu United memburu kejuaraan liga ke-20 mereka musim ini. Vidic yang mengalami kecederaan lutut serius ketika pertembungan Liga Juara-Juara menentang FC Basel, 8 Disember lalu, pada mulanya dikatakan akan terlepas aksi hingga akhir musim ini. Bagaimanapun proses pemulihan tonggak pertahanan berusia 30 tahun ini berjalan dengan pantas dari apa yang dijangkakan selepas dia menjalani pembedahan ligamen kanan hujung tahun lalu. Vidic yang sebelumnya telah meletakkan sasaran untuk kembali beraksi semula Ogos depan, turut disenaraikan Sir Alex Ferguson dalam skuad yang beraksi di Liga Europa. Pasukan perubatan United juga optimis Vidic akan kembali semula ke padang dalam tempoh terdekat dan pemain Serbia itu juga dikatakan sudah mula menjalani latihan berat. Ketiadaan Vidic sejak 8 Disember lalu menyaksikan Chris Smalling dan Jonny Evans silih berganti bergandingan dengan Rio Ferdinand di barisan pertahanan United. Jika proses pemulihannya berjalan dengan lancar, Vidic dijangka memperkuatkan benteng bertahanan United ketika kunjungan mereka ke Stadium Etihad menentang Manchester City pada 28 April depan. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan