23 Februari 2012

PREVIEW: MANCHESTER UTD lwn AJAX AMSTERDAM


Kemenangan tetap menjadi misi utama Manchester United pada perlawanan kedua pusingan 32 pasukan Liga Europa awal pagi esok.  Meskipun peluang melangkah ke pusingan 16 pasukan tampak cerah selepas United menang 2-0 di Amsterdam Arena minggu lalu, kunjungan barisan muda Ajax kali ini tidak harus dipandang mudah.  Gol jaringan Ashley Young dan Javier Hernandez di gelanggang lawan minggu lalu memberikan kelebihan buat United menempah tiket ke pusingan seterusnya. Berbekalkan kelebihan yang agak selesa, Sir Alex Ferguson pastinya akan merehatkan beberapa pemain utamanya memandangkan mereka juga bakal berdepan aksi liga dua  hari kemudian.  Ferguson dijangka menggunakan kombinasi Dimitar Berbatov dan Danny Welbeck sebagai penggempur dalam perlawanan ini dan merehatkan Wayne Rooney bagi aksi liga menentang Norwich City di Carrow Road, Ahad ini.  Michael Carrick dan Tom Cleverley dijangka memperkuatkan bahagian tengah manakala Nani dan Ashley Young berada di sebelah kiri dan kanan.  Kapten pasukan, Patrice Evra yang tidak diturunkan di Amsterdam Arena minggu lalu dijangka sekali lagi direhatkan dan tempatnya bakal diisi Fabio da Silva.  Jonny Evans dan Phil Jones akan mengisi bahagian tengah pertahanan, manakala Chris Smalling yang baru pulih dari kecederaan bakal di letakkan di sebelah kanan.

Bagi pasukan pelawat pula, kunjungan mereka ke Old Trafford awal pagi esok diiringi suntikan motivasi tambahan selepas mereka mencatatkan kemenangan 4-1 ke atas NEC Nijmegen dalam aksi liga hujung minggu lalu.  Bagi pengendali Ajax, Frank De Boer, kemenangan ke atas Nijmegen diharap mampu mendorong anak-anak buahnya melakar kejutan ke atas United nanti.  Dmitri Bulykin akan memikul tugas besar memburu gol dalam perlawanan ini sambil dibantu penyerang dari Serbia, Miralem Sulejmani.  Gandingan kedua-dua penyerang itu yang sudah menghasilkan 19 gol buat Ajax dalam saingan Eredivisie setakat ini, menjadi sandaran De Boer selepas beliau kehilangan khidmat penyerang utama Derk Boerrtigter kerana masalah kecederaan. Christian Eriksen dan Siem de Jong kekal bertindak menjana bahagian tengah manakala kapten pasukan, Jan Vertonghen diharap mampu mengemudi benteng pertahanannya dari dibolosi.  Ini merupakan kunjungan pertama Ajax ke Old Trafford dalam tempoh 36 tahun sejak kali terakhir mereka tewas 0-2 kepada skuad The Red Devils itu dalam saingan Piala UEFA pada September 1976.  Ajax juga mempunyai rekod buruk setiap kali berdepan kelab-kelab Inggeris di gelanggang lawan apabila dari sembilan perlawanan, mereka hanya menang sekali, seri empat dan kalah empat kali.  Glory Glory Manchester United!!!

Berita-Berita Lain:

UNITED-CITY DIJANGKA BERTEMU DI PERLAWANAN AKHIR LIGA EUROPA

Liga Europa kini hampir memasuki pusingan 16 pasukan dan terdapat enam kelab yang dikatakan memiliki potensi besar mara ke perlawanan akhir.  Manchester United, Manchester City, Valencia, Atletico Madrid, Athletic Bilbao dan Schalke 04 dijangka mendominasi saingan Liga Europa musim ini berdasarkan barisan pemain yang dimiliki dan rekod mereka ketika bersaing di peringkat Eropah.  Jika bercakap tentang dua kelab Manchester (United dan City) yang bersaing dalam kejohanan ini, ramai yang meramalkan kedua-dua kelab berjiran itu bakal bertemu di perlawanan akhir yang akan diadakan di Bucharest, 9 Mei nanti.  Berdasarkan barisan pemain yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan, United dan City dijangka tidak menghadapi sebarang masalah melangkah ke perlawanan akhir nanti.  Walau bagaimanapun jangan ketepikan peluang Valencia, Atletico Madrid dan Schalke 04, kerana mereka juga amat bepengalaman ketika bersaing di peringkat Eropah kerana ketiga-tiganya pernah sekali memenangi trofi ini.

CLEVERLEY INIGIN BERAKSI DI EURO 2012


Pemain tengah Manchester United yang baru pulih dari kecederaan, Tom Cleverley berharap dia dapat beraksi bersama skuad England pada pusingan akhir Piala Eropah Jun ini.  Selepas diketepikan sejak Oktober tahun lalu kerana mengalami kecederaan, Cleverley tampil semula untuk skuad United ketika bertandang ke Amsterdam Arena dalam saingan Liga Europa minggu lalu.  Awal pagi esok, Cleverley dijangka  sekali lagi diturunkan dalam perlawanan peringkat kedua menentang Ajax Amsterdam di Old Trafford.  Bintang muda itu berharap dia mampu mengembalikan semula prestasi baik yang dipamerkannya di awal musim dan tampil bersama skuad kebangsaan England di pusingan akhir Piala Eropah, Jun ini.  "Saya ingin kembali ke prestasi terbaik saya hingga ke akhir musim dan berharap dapat menyertai England di Euro 2012 musim panas ini.  Amat bagus dapat kembali semula kerana saya kini cergas sepenuhnya dan berharap dapat bermain hingga akhir musim", kata Cleverley.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan