Selepas mutu
pengadilan Mark Clattenburg dikritik banyak pihak, kini tiba giliran Lee Mason
pula menjadi perhatian ramai selepas dia dilantik mengadili perlawanan pusingan
ketiga Piala Capital One antara Chelsea dan Manchester United. Perlawanan di
Stamford Bridge pada awal pagi 1 November nanti dijangka panas selepas
kekalahan tuan rumah kepada United dalam saingan liga, Ahad lalu. Sebaik
mengetahui Mason akan mengadili perlawanan tersebut, Sir Alex Ferguson secara
berseloroh mengucapkan selamat kepada pengadil berkepala botak itu. Meskipun
turun tanpa kelibat Branislav Ivanovic dan Fernando Torres yang digantung
kerana layangan kad merah, Chelsea diyakini akan mengerahkan seluruh kekuatan
mereka bagi membalas dendam kekalahan 2-3 mereka di tangan United tempohari. Ferguson
pernah berdepan pengalaman buruk ketika Mason mengadili perlawanan pasukannya
dengan Birmingham City pada Disember 2010. Mason ketika itu mengesahkan gol
jaringan Lee Bowyer biarpun pemain itu jelas berada dalam posisi offside,
manakala Nikola Zigic yang melakukan umpanan kepada Bowyer pula sempat
menyentuh bola dengan tangan terlebih dahulu. Begitupun, kesilapan Mason juga
pernah memberi keuntungan kepada United apabila dia menghadiahkan sepakan penalti
ketika pertemuan menentang Queens Park Rangers April lalu, biarpun Ashley Young dilihat
sengaja merebahkan badan. Bukan itu saja, Mason turut melayangkan kad merah
kepada Shaun Derry yang terbabit dengan pelanggaran tersebut. Di pihak Chelsea
pula, Mason juga pernah melakukan kesilapan yang sama apabila dia mengesahkan
jaringan Fernando Torres ketika menentang Reading walaupun penyerang Chelsea itu sudah
berada di posisi offside ketika menerima bola. Hasilnya, Chelsea berjaya
menewaskan Reading 4-2 dalam perlawanan itu. Perlawanan awal pagi lusa nanti bakal
menjadi perlawanan ketujuh di bawah pengadilan Mason musim ini. Setakat ini masih
belum ada lagi pemain yang diperintah keluar padang oleh Mason, namun pengadil
itu sudah melayangkan 26 kad kuning. Glory Glory Manchester United!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan