27 Disember 2012

APAKAH INI JERSI YANG AKAN DIGUNAKAN UNITED MUSIM HADAPAN?




Imej jersi baru Manchester United untuk musim 2013/14 tersebar luas di laman sesawang UtdFootball. Adakah ini rekaan sebenar jersi yang akan dikeluarkan Nike nanti untuk digunakan United pada musim hadapan? AON masih menjadi penaja utama dan logo mereka akan tertera di jersi United buat kali terakhir musim hadapan sebelum Chevrolet mengambil alih pada musim berikutnya (2014/15). Rekaan jersi ini mempunyai kolar dan butang dilihat lebih menarik berbanding rekaan jersi untuk musim ini yang dikritik penyokong-penyokong United di seluruh dunia. Tahun lepas, rekaan jersi berpetak yang dikatakan mirip alas meja dan tuala yang digunakan United musim ini bocor di internet, jadi ada kemungkinan rekaan jersi yang terdapat di laman sesawang UtdFootball ini akan digunakan United musim hadapan. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan