Apakah maksud disebalik ayat yang tertulis
dibaju Robin Van Persie? Selepas menjaringkan gol kedua Manchester United ke
gawang West Bromwich Albion semalam, Van Persie menunjukkan ayat yang tertulis
dibajunya berbunyi “RIP Tchuna. We Will Never Forget You” atau dalam bahasa
Melayunya “Berehat Dengan Aman Tchuna. Kami Takkan Melupakanmu”. Yang menjadi
pertanyaan ramai pihak ialah siapakah Tchuna yang dimaksudkan Van Persie,
lantas beredar khabar angin mengatakan bahawa Tchuna ialah gadis malang yang
menjadi korban akibat diperkosa beramai-ramai dalam sebuah bas di India.
Selepas menjalani rawatan rapi di Singapura, gadis tersebut akhirnya meninggal
dunia kelmarin. Kejadian itu menjadi perhatian dunia dan mengundang demonstrasi
bantahan di India, tetapi sehingga kini tidak dapat dipastikan siapakah nama
sebenar gadis malang itu. Ada beberapa sumber mengatakan bahawa nama gadis
tersebut ialah Tchuna tetapi ada juga yang memanggilnya Damini atau dalam
bahasa Tamil bermaksud Pencerahan. Bagaimanapun terdapat satu lagi khabar angin
yang mengatakan bahawa Tchuna ialah seorang pegawai perlawanan yang dibunuh
oleh dua orang remaja berusia 15 dan 16 tahun dalam sebuah perlawanan bolasepak
amatur di Belanda. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan