Selepas
mengharungi 15 perlawanan liga, senarai penjaring terbanyak Liga Perdana
dikuasai empat nama. Robin Van Persie, Luis Suarez, Demba Ba dan Michu
masing-masing sudah menjaringkan sepuluh gol setakat ini. Kempat-empat
penggempur ini memiliki kelebihan masing-masing dan berikut adalah statistik jaringan
mereka berdasarkan empat aspek yang berlainan. Jadi siapakah yang terbaik
antara mereka? Anda tentukan sendiri.
1.
Gol Per Minit
Dalam
hal ini, penyerang Manchester United, Robin Van Persie jelas paling unggul
apabila dia hanya memerlukan purata 119.2 minit untuk menjaringkan setiap satu
gol. Di kedudukan kedua pula ialah Demba Ba (123.7 minit per gol), Michu (129.2
minit per gol) dan terakhir penyerang Liverpool, Luis Suarez (134.7 minit per
gol).
2.
Ketajaman Penyudah
Dari
keempat-empat penggempur ini, pemain Swansea City, Michu paling unggul dalam
menyudahkan peluang yang diterimanya. 29% peluang-peluang yang diterimanya berjaya
disudahkan Michu. Di tempat kedua Robin Van Persie (23%), Demba Ba pula di
tangga ketiga (20%) dan Luis Suarez sekali lagi berada di tangga keempat dengan
(14%).
3.
Rembatan
Penyerang
Newcastle United, Demba Ba memang unggul jika dibandingkan tiga lagi pesaingnya.
55% rembatan-rembatan yang dilepaskan penyerang Senegal itu
menepati sasaran manakala Michu pula menduduki tangga kedua cuma ketinggalan 2%
berbanding Ba. Robin Van Persie di tangga ketiga dengan 52% dan Luis Suarez di
kedudukan terakhir dengan 38%.
4.
Gol Dari Luar Petak Penalti
Selepas
berada di tangga terakhir dari 3 kategori, penyerang Liverpool, Luis Suarez
kini berada di tangga teratas dalam aspek ini. Dari 10 gol yang dijaringkannya,
4 gol Suarez dihasilkan dari luar petak penalti. Michu dan Demba Ba berkongsi
tangga kedua dengan 1 gol manakala Robin Van Persie setakat ini belum lagi
menjaringkan gol dari luar petak penalti.
5.
Gol Menerusi Tandukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan