Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa khabar
angin tentang perpindahan Robert Lewandowski ke Old Trafford sebagai karut.
Beberapa hari lalu, akhbar Jerman, Bild mendedahkan bahawa Sir Alex akan
melakukan perpindahan eksklusif musim sejuk dengan membawa penyerang
antarabangsa Poland itu ke Old Trafford dengan nilai 22 juta Euro. Bukan itu
saja, United juga dilaporkan Bild sanggup membayar gaji Lewandowski sebanyak 5
juta Euro setahun jauh lebih lumayan dari apa yang diterimanya ketika ini
(bersama Dortmund). Lewandowski menjaringkan 30 gol untuk Dortmund musim lalu dan
prestasinya musim ini diberitakan menarik minat Sir Alex untuk mendapatkan
pemain itu. Bos United itu juga dikatakan hadir menyaksikan aksi Lewandowski
ketika pertemuan pasukannya menentang Manchester City dalam saingan Liga
Juara-Juara. Selepas menandatangani Robin Van Pesie dari Arsenal musim panas
lalu, apakah Sir Alex mahu menambah seorang lagi penggempur kelas dunia dalam
skuadnya sedangkan ketika ini dia turut memiliki nama-nama gah yang lain
seperti Wayne Rooney, Danny Welbeck dan Javier Hernandez? Jawapan dari Sir Alex
adalah mudah dan ringkas iaitu TIDAK. Bercakap selepas skuadnya merakamkan
kemenangan ke atas West Bromwich Albion semalam, Sir Alex menyifatkan spekulasi
tentang minatnya terhadap Lewandowski adalah karut. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan