PERLAWANAN
HEBAT TAPI DICEMARI INSIDEN
Sir Alex Ferguson menyifatkan pertembungan derby malam tadi sebagai perlawanan yang
hebat, baik United mahupun City masing-masing mempamerkan karekter yang
meletakkan kedua-dua kelab itu sebagai penguasa dua tangga teratas liga. Sebelum
perlawanan, Sir Alex mengerti betapa City cukup kebal ketika beraksi di halaman
sendiri yang menyaksikan mereka tidak tidak tewas di Stadium Etihad hampir dua
tahun. “Perlawanan yang sangat hebat dan saya rasa tiada sesiapa yang sanggup
melepaskan walau satu detikpun aksi sepanjang 90 minit. Perlawanan seperti ini
boleh berakhir dengan keputusan yang pahit buat mana-mana pasukan. City layak
menyamakan kedudukan atas semangat gigih mereka dan melakukan perjudian dengan
memasukkan tiga penyerang”, kata Ferguson. Biarpun skuadnya berjaya membawa
pulang tiga mata penuh, Sir Alex tetap tidak berpuas hati dengan keputusan
pengadil membatalkan jaringan Ashley Young selepas pemain itu didakwa berada
dalam posisi offside. Ulang tayang
bagaimanapun menunjukkan Young berada sebaris dengan pertahanan terakhir City dan
jaringan itu sepatutnya disahkan pengadil perlawanan. Menyentuh tentang insiden
balingan objek hingga menyebabkan kecederaan ke atas Rio Ferdinand, ini komen
Sir Alex, “Kami semua begitu bersemangat dan ingin menang perlawanan ini.
Sayang sekali ada penyokong City yang melempar syiling kepada pemain kami. Perkara
itu tidak diperlukan dalam bolasepak”.
CITY
TIDAK SEPATUTNYA KALAH
Pengurus Manchester City, Roberto Mancini
menilai skuad kendaliannya tidak sepatutnya tewas kepada jiran mereka
Manchester United semalam. Gol minit akhir perlawanan Robin Van Persie memberikan
City kekalahan pertama mereka dalam aksi liga musim ini namun Mancini tidak
terlalu gusar dengan kegagalan terbaru skuad kendaliannya itu. Selepas berjuang
hebat untuk menyamakan kedudukan selepas ketinggalan dua gol menerusi jaringan
Wayne Rooney, City akhirnya terpaksa melihat United kian melebarkan kedudukan
sebagai pendahulu liga dengan kelebihan enam mata. “Kami menunjukkan bahawa
City adalah pasukan yang kuat dan masih mempunyai peluang untuk mempertahankan
kejuaraan kami. Musim ini masih panjang dan musim lalu kami muncul juara di
perlawanan terakhir liga. Kami tidak sepatutnya kalah kerana kami bermain
dengan baik”, ujar Mancini. Kekalahan kepada United malam tadi merupakan
kekalahan pertama City di gelanggang sendiri sejak Disember 2010.
CITY
MOHON MAAF KEPADA RIO
Pihak pengurusan Manchester City memohon maaf
kepada Rio Ferdinand berikutan insiden balingan objek yang menyebabkan kening pemain
pertahanan itu tercedera. Ketika merayakan gol jaringan Robin Van Persie,
Ferdinand terkena syiling yang dilempar penyokong City sebelum seorang lagi
penyokong cuba menyerbu ke arahnya. Kening Ferdinand terkoyak dan terpaksa
menerima rawatan di tepi padang sebelum kembali semula meneruskan aksi. Menurut
jurucakap City, insiden itu sedang disiasat pihak polis dan pihak pengurusan
City mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas apa yang berlaku ke atas
Ferdinand. “Kami mohon maaf kepada Rio. Kami mengutuk keras tindakan tersebut
dan ketika ini kami serta pihak polis sedang meneliti rakaman CCTV sebelum
mengambil tindakan lanjut. Kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam
membantu siasatan polis. Semoga mereka yang bertanggugjawab dikenakan hukuman
setimpal”, kata jurucakap City. Sementara itu Ferdinand sempat berjenaka di
akaun Twitter miliknya meskipun tercedera akibat insiden tersebut. “Hasil yang
bagus, 3 mata. Siapa pun yang melempar syiling itu, balingannya cukup bagus dan
tepat. Masih kurang percaya syiling yang mencederakan saya cuma bernilai 2
penny. Mereka sepatutnya melemparkan syiling 1 pound”, tulis Ferdinand.
Ferdinand turut merakamkan penghargaan kepada Joe Hart yang menghalang seorang
penyokong yang meluru ke dalam padang. “Saya kagum dengan Joe Hart yang cuba melindungi
individu bodoh itu dari masuk ke padang. Saya suka permusuhan antara penyokong,
tetapi ada kalanya ia berlaku di luar batasan”, sambung Ferdinand lagi. Glory
Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan