Nama
Wesley Sneijder nampaknya masih terus-terus dikaitkan dengan perpindahan ke Old
Trafford. Spekulasi kembali bertiup kencang selepas perancang tengah
antarabangsa Belanda itu mengeluarkan kenyataan yang dia tidak gembira di San
Siro dan enggan menandatangani kontrak baru bersama Inter. Selepas gagal
mendapatkan khidmat Sneijder pada Ogos tahun lalu, spekulasi membabitkan United
dan perancang tengah itu kembali `panas’ terutamanya apabila Presiden Inter,
Massimo Moratti mengeluarkan kenyataan bahawa Sneijder akan diletakkan dalam pasaran perpindahan pemain Januari ini jika tiada sebarang perkembangan positif
tentang perbincangan kontrak baru. “Jika ia kekal seperti itu, jalan
penyelesaiannya adalah meletakkan Sneijder di pasaran perpindahan”, kata
Moratti. Tahun lalu, jurulatih skuad utama, Rene Meulensteen ketika ditemubual
majalah bolasepak Belanda, Voetbal
International mengatakan, “Wesley Sneijder pemain yang sesuai dan sempurna
jika dia beraksi di sini (Old Trafford). Beliau ialah pemain yang saya fikirkan
cukup sesuai bermain untuk kami”, kata Meulensteen. Jika benar Sir Alex mahu meneruskan
kembali usahanya mendapatkan Sneijder, beliau mungkin boleh meletakkan Nani untuk
bergerak ke San Siro sebagai pertukaran. Dengan bintang veteran, Paul Scholes
yang semakin menghampiri persaraan, mendapatkan khidmat Sneijder adalah satu
langkah yang bijak. Januari ini adalah masa yang sesuai untuk membawa playmaker itu ke Old Trafford jika dia
diletakkan Moratti dalam pasaran perpindahan pemain. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan