Akhbar Jerman, Bild mendedahkan bahawa
Manchester United akan melakukan pemindahan eksklusif pada Boxing Day dengan menandatangani penyerang Borussia Dortmund,
Robert Lewandowski. Sir Alex Ferguson dilaporkan sudahpun membentangkan `tawaran
mega’ buat penyerang antarabangsa Poland itu dengan menawarkan 5 juta Euro
semusim jika dia bersetuju berpindah ke Old Trafford. Borussia Dortmund pula
dilaporkan akan menerima 22 juta Euro jika mereka sedia melepaskan Lewandowski,
jauh melebihi angka yang mereka keluarkan ketika membawa pemain itu ke
Westfalenstadion pada 2010. Dortmund menandatangani Lewandowski dengan nilai
perpindahan 4.5 juta Euro dari kelab Poland, Lech Poznan dua tahun lalu. Jika
segalanya berjalan lancar dan apa yang dilaporkan Bild benar, Lewandowski akan muncul
pemain kedua dari Dortmund yang dipancing United musim ini selepas mereka
berjaya mendapatkan Shinji Kagawa musim panas lalu. Kehadiran Lewandowski
pastinya menambahkan lagi saingan di barisan hadapan United selepas Sir Alex turut
memiliki Wayne Rooney, Robin Van Persie, Danny Welbeck dan Javier Hernandez
ketika ini. Penyerang berusia 24 tahun itu sudah menjaringkan 10 gol dari 16
penampilannya musim ini, manakala musim lalu pula dia meledak 22 gol dari 34
penampilan untuk juara Bundesliga itu. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan