Boxing
Day tiba
lagi untuk menguji sejauh mana tahap kemampuan kelab-kelab yang bersaing di
Liga Perdana England berdepan tekanan dan jadual hujung tahun yang padat. Manchester
United berdepan lawan pertama mereka dalam Boxing
Day, Newcastle United, pasukan yang mereka tewaskan dua kali musim ini,
pertama kali ketika menyingkirkan skuad The
Magpies itu dalam saingan Piala Capital One dan kali kedua pada saingan
liga di Sports Direct Arena Oktober lalu. Selepas terikat 1-1 ketika kunjungan
mereka di Stadium Liberty hujung minggu lalu, United tentunya tidak mahu
melihat episod sama berulang manakala Alan Pardew pula berharap barisannya
mampu menamatkan rentetan rekod buruk 40 tahun mereka tanpa kemenangan ketika
bertandang ke Old Trafford. Selepas kelebihan 6 mata di tangga teratas dihakis
Swansea City, Sir Allex Ferguson berharap anak-anak buahnya mampu memberikan
kekalahan ketiga Newcastle United musim ini di tangan mereka tetapi beliau
perlu melihat semula benteng pertahanannya yang mengalami rombakan ketika
berdepan Swansea City. United tidak dibolosi hanya tiga kali dari 18 perlawanan
mereka musim ini, tetapi mujurlah kerapuhan benteng pertahanan diimbangi dengan
ketajaman mereka ketika melakukan serangan. Jentera serangan United yang
diketuai Wayne Rooney dan Robin Van Persie sudah meledak 44 gol dalam saingan
liga setakat ini, paling banyak berbanding kelab-kelab lain di Liga Perdana. Benteng
pertahanan Newcastle pula sudah dibolosi sebanyak 26 kali setakat ini, lebih
satu gol berbanding United sekaligus menggambarkan Alan Pardew juga mengalami
masalah yang sama dengan rakan sejawatnya di Old Trafford. Meskipun sudah
kembali mengawal gawang Newcastle, Tim Krul ternyata masih berdepan masalah
keyakinan diri sejak pulih dari kecederaan.
Prestasi tidak konsisten The Magpies paling ketara apabila hanya menang dua dari enam
perlawanan terakhir mereka dan Pardew berharap kemenangan ke atas QPR Sabtu
lalu boleh membangkitkan semangat pemain-pemainnya ketika berdepan United
nanti. Selepas menerima pujian atas prestasi pasukan bimbingannya musim lalu, Pardew
mendapati musim ini tidak menyebelahi dirinya. Krisis kecederaan yang
berpanjangan melanda beberapa pemain tonggak turut menyumbang kepada prestasi
turun naik pasukannya musim ini. Tambah malang apabila Chiek Tiote tidak dapat
diturunkan dalam perlawanan ini kerana sudah mengumpul mata kesalahan maksimum
akibat layangan kad kuning yang diterimanya ketika berdepan QPR. Gandingan
Demba Ba dan Pippis Cisse yang begitu menyerlah musim lalu terpaksa memikul
beban besar dalam usaha memburu gol dalam setiap perlawanan. Kedudukan di
tangga ke-14 liga tidak menggambarkan potensi sebenar barisan pemain-pemain
yang dimiliki Pardew dan ketika ini penyokong-penyokong The Magpies tentunya berharap agar magis pengendali itu dapat
membawa kelab keluar dari kelompok zon bawahan sepertimana yang dilakukannya
musim lalu. Bagi United pula, mereka masih kekal tanpa khidmat Shinji Kagawa,
Nani, Anderson dan Rafael da Silva kerana masalah kecederaan, tetapi Sir Alex
tidak perlu risau kerana dia mempunyai skuad yang besar untuk mengisi
kekosongan ditinggalkan empat pemain ini. Gandingan Rooney dan Van Persie akan terus
menjadi sandaran Sir Alex dalam memburu gol dalam perlawanan ini. Rooney dan
Van Persie sudah menghasilkan 19 gol untuk United dalam saingan liga sedangkan
Newcastle pula hanya menjaringkan 20 gol dari 18 perlawanan dengan Demba Ba
menjadi penyumbang utama gol-gol mereka sekaligus memberikan tekanan buat
penyerang Senegal itu setiap kali dia menyentuh bola. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Rekod Pertemuan Manchester United –
Newcastle:
Jumlah Perlawanan: 135
Menang: 66 – 33
Seri: 36 – 36
Kalah: 33 – 66
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Phil Jones, Patrice Evra, Rio
Ferdinand, Nemanja Vidic, Michael Carrick, Tom Cleverley, Antonio Valencia,
Ashley Young, Wayne Rooney & Robin Van Persie
Barisan Kemungkinan Newcastle:
Tim Krul, Fabricio Collocini, Danny Simpson,
James Perch, Mike Williamson, David Santon, Jonas Gutierrez, Sylvain Marveaux,
Vurnon Anita, Demba Ba & Pappis Cisse
Tiada ulasan:
Catat Ulasan