Awal pagi tadi, Arsenal menerima tamparan
hebat selepas tersingkir di peringkat suku akhir Piala Capital One oleh kelab
dari Liga Dua, Bradford City. Selepas terikat 1-1, perlawanan terpaksa
ditentukan dengan sepakan penalti dan kegagalan Santi Cazorla, Maruoane Chamakh
dan Thomas Vermaelen menyempurnakan sepakan tersebut menyebabkan The Gunners terlepas satu dari piala
yang disasarkan mereka musim ini. Beita buruk (tewas kepada Bradford) tidak
terhenti setakat ini buat penyokong-penyokong Arsenal, kerana mereka mungkin
terpaksa menerima hakikat bakal kehilangan seorang lagi tonggak utama dan idola
mereka dalam tempoh terdekat. Lebih memeritkan, selepas Robin Van Persie menyertai
kelab paling dibenci mereka musim panas lalu, penyokong-penyokong Arsenal
sekali lagi terpaksa berdepan prospek kehilangan seorang lagi bintang
kesayangan mereka kepada Manchester United. United diberitakan akan membuat
tawaran sensasi bagi membawa keluar bintang antarabangsa England itu dari
Stadium Emirates. Selepas membayar 24 juta Pound ke atas Van Persie, Sir Alex Ferguson
dijangka melakukan perkara yang sama sekali lagi, kali ini untuk Walcott pula.
Diberitakan United juga sudah bersedia memenuhi permintaan gaji sebanyak 100
ribu Pound seminggu yang dibuat Walcott. Van Persie juga dikhabarkan memainkan
peranan dalam memujuk Sir Alex supaya menandatangani bekas rakan sepasukannya di
Emirates itu selepas Walcott secara terbuka meluahkan rasa kecewa dengan
prestasi semasa The Gunners. Walcott
baru-baru ini juga sudah menolak tawaran gaji sebanyak 75 ribu Pound seminggu yang
dibuat pihak pengurusan Arsenal dan situasi ini boleh digunakan Sir Alex untuk
memancing Walcott ke Old Trafford. Selepas menyaksikan suksesnya Van Persie
bersama-sama United, faktor ini dilihat boleh mendorong pemain itu untuk
mengikut jejak langkah bekas kaptennya itu dengan menjadi sebahagian dari anggota
The Red Devils. Dengan masalah
prestasi yang dihadapi Ashley Young dan Nani, Walcott dilihat adalah jalan
penyelesaian terbaik buat Sir Alex dan bos United itu mungkin boleh memikirkan
untuk melakukan perjanjian pertukaran membabitkan kedua-dua pemain sayap itu
(Nani dan Walcott) pada jendela perpindahan pemain Januari ini. Persoalannya
sekarang adakah Arsene Wenger sedia kehilangan seorang lagi tonggak utama
pasukannya kepada United selepas Van Persie, sekaligus membantu seteru utamanya
itu meningkatkan lagi kekuatan mereka musim ini? Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan