Sir Alex Ferguson mengecam keras tindakan
pertahanan Swansea City, Ashley Williams yang menendang bola ke kepala Robin
Van Persie dan mahukan agar tindakan Williams itu dikenakan hukuman setimpal
oleh FA Inggeris. Insiden itu berlaku diminit ke-76 ketika pertembungan
Swansea-United di Stadium Liberty hingga hampir mencetuskan pergaduhan. Williams
merembat bola tepat ke kepala Van Persie yang ketika itu sudahpun terjatuh
selepas dikasari pertahanan lawan. Selepas tamat perlawanan Williams mengatakan
bahawa tindakannya itu tidak disengajakan dan menganggap ianya sebagai insiden
biasa. Bagaimanapun pendapat pemain itu disanggah Sir Alex yang menyebut bahawa
Williams sengaja menyepak bola itu selepas Van Persie jatuh betul-betul
dihadapannya. Tindakan Williams itu juga pada pendapat Sir Alex boleh
menyebabkan Van Persie terbunuh. “Itu adalah hal yang paling berbahaya yang
pernah saya saksikan di atas padang. Wisel sudahpun dibunyikan dan perlawanan
dihentikan tetapi dia melakukan betul-betul di hadapan pengadil. Dia (Williams)
sepatutnya dihukum gantung perlawanan untuk tempoh yang lama. Saya berpendapat
tindakan yang dilakukannya boleh membunuh Robin”, kata Sir Alex ketika di
wawancara selepas tamat perlawanan. Glory Glory Manchester United!!! - A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan