Manchester
United berkunjung ke Stadium Madjeski awal pagi esok berbekalkan dua kemenangan yang diraih mereka
sebelum ini. Menang 3-1 ke atas Queens Park Rangers dan jaringan pantas Robin
Van Persie ketika berdepan West Ham membolehkan United mengutip enam mata di
gelanggang sendiri sekaligus mengekalkan kedudukan selaku pendahulu dengan
kelebihan satu mata. Sir Alex Ferguson berharap pasukannya mampu mengutip tiga
mata penuh ke atas Reading yang baru dinaikkan ke saingan elit Liga Perdana
musim ini sekaligus kemenangan liga ketiga United dalam tempoh seminggu.
Reading yang tewas 0-1 kepada Aston Villa Rabu lalu mahu menjadikan pertemuan
menentang United sebagai penebus kekecewaan mereka dan bekas pemain muda
Liverpool, Danny Guthrie dijangka memperkuatkan semula pasukan selepas pulih
dari kecederaan pangkal paha. Nasib pemain sayap, Jimmy Kebe pula belum dapat
di pastikan dan pemain Mali ini mungkin terlepas aksi sekali lagi ketika
kecergasannya menjadi persoalan. Selepas empat musim bermain di Liga Kejuaraan, Reading yang
kembali semula ke Liga Perdana musim ini tampak seolah-olah kurang bersedia
berdepan saingan getir dalam saingan tertinggi liga England itu. Mereka hanya
mencatat satu kemenangan musim ini selain disingkirkan Arsenal dalam saingan
Piala Capital One meskipun pada satu ketika mendahului dengan empat gol.
Satu-satunya
kemenangan yang diraih The Royals
ialah ketika menewaskan Everton 2-1, 17 November lalu di gelanggang sendiri.
Sementara itu, Antonio Valencia, Nani, Shinji Kagawa dan Nemanja Vidic masih
kekal dalam senarai pemain yang mengalami kecederaan, tetapi Paul Scholes sudah
kembali semula dari penggantungan perlawanan. Ryan Giggs juga mungkin bakal
diketepikan selepas bintang veteran itu diberitakan mengalami masalah
hamstring. Dengan ketiadaan tiga pemain sayap (Nani, Valencia dan Giggs), Sir
Alex dijangka menggunakan formasi sama (4-3-3) ketika berdepan West Ham
tempohari. Jika Sir Alex kekal dengan formasi yang sama, Reading mungkin boleh menjadikan
perlawanan United/West Ham tempohari sebagai rujukan. Brian McDermott boleh
menggunakan kelebihan yang ada pada pemain sayap mereka seperti Jobi McAnuff
dan Noel Hunt untuk memberikan masalah buat benteng pertahanan United. United
tidak pernah tewas enam perlawanan terakhir mereka menentang Reading dengan keputusan
paling baik yang diraih skuad
bimbingan McDermott ialah ketika berkongsi mata di Old Trafford pada 12 Ogos 2007.
United meraih tiga mata penuh pada kunjungan terakhir mereka di Stadium Madjeski
pada 19 Januari 2008 menerusi gol sumbangan Wayne Rooney dan Cristiano Ronaldo.
Mengikut rekod, Reading hanya pernah menang sekali ke atas United iaitu pada
saingan Piala FA tahun 1927 dengan keputusan 2-1. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Barisan
Kemungkinan Reading:
Adam
Federici, Adrian Mariappa, Nicky Shorey, Shaun Cummings, Shawn Morrisson,
Mikele Liegertwood, Jobi McAnuff, Jay Tabb, Hal Robson Kanu, Jason Roberts
& Adam le Fondre
Barisan
Kemungkinan United:
David
de Gea, Rafael da Silva, Phil Jones, Rio Ferdinand, Patrice Evra, Tom
Cleverley, Paul Scholes, Anderson, Wayne Rooney, Robin Van Persie & Danny
Welbeck
Tiada ulasan:
Catat Ulasan