Sir Alex Ferguson mungkin tidak pernah
terfikir yang pasukannya akan menerajui liga ketika tahun 2012 berbaki lapan
hari lagi untuk dilalui. Pada kebiasaannya, Manchester United tidak berada pada
posisi di mana mereka berada sekarang tetapi tahun ini keadaan tampak sedikit
berbeza apabila mereka muncul pendahulu sebelum sambutan perayaan Hari Natal. Kunjungan
United ke Stadium Liberty hari ini mungkin menyaksikan kapten pasukan, Nemanja
Vidic beraksi dalam kesebelasan utama buat pertama kali sejak September,
manakala Rafael dan Silva yang direhatkan ketika berdepan Sunderland bakal
diturunkan semula. Pemain tengah, Shinji Kagawa pula diberitakan berpotensi
untuk beraksi semula selepas pulih dari kecederaan. David de Gea dijangka akan
terus mengawal gawang United manakala Rafael, Nemanja Vidic, Rio Ferdinand dan
Patrice Evra mungkin diletakkan Sir Alex untuk memperkuatkan benteng
pertahanan. Jika Sir Alex masih ragu-ragu dengan tahap kecergasan Vidic dan
Rafael, beliau akan menggunakan Phil Jones dan Chris Smalling di benteng
sepertimana ketika berdepan Sunderland minggu lalu. Seorang pemain pertahanan,
Jonny Evans sudahpun pulih dari kecederaan selepas tidak beraksi minggu lalu
tetapi dengan adanya Vidic, Smalling, Jones dan Ferdinand, beliau pastinya
tidak mahu tergesa-gesa menurunkan pemain antarabangsa Republik Ireland itu. Ashley
Young yang menampil aksi baik sejak kebelakangan ini selepas dikritik hebat
akan sekali diberikan kepercayaan bersama Antonio Valencia bergerak di sebalah
sayap. Tempat Michael Carrick dan Tom Cleverley di bahagian tengah ketika ini
sukar digugat dengan Kagawa berkemungkinan akan memulakan perlawanan di bangku
pemain simpanan terlebih dahulu.
Di barisan hadapan siapa lagi kalau bukan
Wayne Rooney dan Robin Van Persie yang akan menjadi pilihan Sir Alex untuk
menggempur kubu The Swans. Bagi tuan
rumah pula, Michael Laudrup berdepan dilema sama ada mahu menurunkan penjaga
gol utamanya, Michael Vorm yang sudah pulih dari kecederaan atau terus
menyandarkan harapan kepada Gerhard Tremmel yang bermain dengan baik sejak
menggantikan tempat Vorm. Bagaimanapun Laudrup akan terus kehilangan khidmat
pemain pertahanannya Angel Rangel dan Neil Taylor yang masih dibelenggu
kecederaan. Kunjungan ke Stadium Liberty kali ini bukanlah mudah memandang
prestasi yang ditunjukkan anak-anak buah Laudrup setakat ini hingga pernah menempatkan mereka dalam kelompok 10 kelab di tangga teratas liga. Pemain mereka yang harus
diberikan perhatian oleh benteng pertahanan United siapa kali kalau bukan Michu
yang sudahpun menjaringkan 12 gol setakat ini sekaligus berkongsi kedudukan
penjaring terbanyak bersama Van Persie. Amat menarik untuk menyaksikan
pertembungan dua penggempur paling berbisa dalam saingan liga ketika ini tetapi
Van Persie memiliki kelebihan apabila Rooney sentiasa bergerak di belakangnya
sebagai pengumpan. Benteng pertahanan The
Swans bukan saja perlu mengawasi kelibat Van Persie tetapi dalam masa yang
sama perlu juga mengawasi gerak geri Rooney yang sudah meledak tiga gol dalam
dua perlawanan terakhirnya. Rekod enam pertemuan antara kedua-dua pasukan
memihak kepada United apabila skuad The
Red Devils menang empat perlawanan, seri sekali dan kalah sekali dengan kali
terakhir Swansea menewaskan United ialah pada 30 Januari 1982 (2-0). Selepas
tewas 0-1 kepada Totenham Hotspurs minggu lalu, berdepan pendahulu liga di
hadapan penyokong-penyokong sendiri adalah detik yang tepat buat Laudrup untuk
menyeru barisan pemain-pemainnya supaya bangkit kembali. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Barisan Kemungkinan Swansea:
Gerhard Tremmel, Dwight Tiendalli, Chicho, Ashley
Williams, Ben Davies, Jonathan de Guzman, Wayne Routledge, Nathan Dyer, Ki-Sung
Yueng, Leon Britton & Michu
Barisan Kemungkinan United:
David de Gea, Phil Jones, Patrice Evra,
Nemanja Vidic, Rio Ferdinand, Ashley Young, Michael Carrick, Tom Cleverley,
Antonio Valencia, Wayne Rooney & Robin Van Persie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan