Javier Hernandez menghadiahkan tiga mata
berharga buat Manchester United sekaligus meneruskan rentetan rekod buruk
Newcastle United ketika bermain di Old Trafford selama 40 tahun. Meskipun tiga
kali mendahului tuan rumah, Alan Pardew terpaksa menelan hakikat yang skuadnya
tewas buat kali ketiga kepada United musim ini. Newcastle memulakan perlawanan
dengan baik apabila James Perch meletakkan The
Magpies di hadapan hanya empat minit selepas sepak mula. Rembatan kencang
Demba Ba dari luar kotak penalti yang gagal ditepis sempurna David de Gea berjaya
disambar Perch yang mudah menolak bola masuk ketika gawang sudah terbuka luas.
Gol itu nyata memberikan kejutan buat barisan The Red Devils dan mereka kemudiannya meningkatan tekanan kepada
benteng pelawat yang diterajui Fabricio Coloccini untuk mencari gol penyamaan.
Diminit ke-25, usaha United akhirnya berhasil apabila Jonny Evans berjaya
menjaringkan gol penyamaan selepas berlaku situasi kelam kabut di depan pintu
gol lawan. Gol ini merupakan gol keempat Evans dalam saingan liga musim ini.
Kegembiraan penyokong-penyokong United bagaimanapun hanya bertahan selama tiga
minit apabila kesilapan Evans yang menolak bola masuk ke gawang sendiri meletakkan
Newcastle kembali di menerajui perlawanan. Gol itu bagaimanapun dibantah
pemain-pemain United kerana pembantu pengadil sudahpun mengangkat bendera
menandakan Pappis Cisse berada dalam posisi offside.
Bagaimanapun pengadil perlawanan, Mike Dean tetap dengan keputusannya mengesahkan
gol itu dan Newcastle kekal dihadapan sebaik wisel separuh masa pertama ditiupkan.
Di babak kedua, United meneruskan tekanan kepada barisan pelawat hingga memaksa
mereka bertahan sambil berharap pada serangan balas pantas.
13 minit selepas bermulanya separuh masa
kedua, seorang lagi pemain pertahanan United berhasil menembusi gawang pelawat
apabila rembatan Patrice Evra dari dalam kotak penalti gagal diselamatkan Krull.
Selepas kedudukan terikat 2-2, perlawanan bertambah sengit apabila United meneruskan
rentak agresif mereka dan memberikan tekanan kepada benteng pelawat tetapi
mendapati mereka sekali lagi ketinggalan buat kali ketiga. Berpunca gerakan
Gabriel Obertan dari sebelah kiri, hantaran lintang bekas pemain United itu berjaya
disudahkan Pappis Cisse untuk meletakkan Newcastle kembali di depan. Kelebihan
pelawat hanya bertahan selama tiga minit apabila Robin Van Persie berjaya menjaringkan
gol ketiga belasnya musim ini untuk kembali mengikat kedudukan. Drama dalam
perlawanan ini akhirnya hadir apabila Javier Hernandez berjaya menjaringkan gol
kemenangan tuan rumah di penghujung perlawanan. Berpunca dari hantaran cantik
Michael Carrick, Hernandez berjaya menewaskan Krull untuk memberikan tiga mata
berharga buat The Red Devils selepas
terpaksa berkongsi mata dengan Swansea City, Sabtu lalu. Kemenangan ini juga menyaksikan
United berjaya melebarkan penguasaan mereka di tangga teratas dengan kelebihan tujuh
mata selepas pencabar terdekat, Manchester City tewas kepada Sunderland di
Stadium of Light. Apa yang menariknya gol Sunderland dijaringkan bekas pemain
City sendiri, Adam Johnson yang digugurkan dari skuad The Citizens musim panas lalu. Glory Glory Manchester United!!! –
A.J
Statistik Perlawanan Manchester Utd –
Newcastle:
Percubaan: 15 – 15
Percubaan Tepat: 7 – 7
Penguasaan Bola: 61% - 39%
Kekasaran: 13- 18
Sepakan Sudut: 2 – 2
Offside: 3 – 0
Kad Kuning: 3 – 3
Kad Merah: 0 – 0
Susunan Pemain United: De Gea, Smalling, Evans,
Ferdinand, Evra, Valencia, Carrick, Giggs, Scholes (Cleverley 69’), Chicharito
(Fletcher 90 + 2’) & Van Persie
Susunan Pemain Newcastle: Krull, Simpson,
Williamson, Coloccini, Santon, Perch, Anita, Marveaux, Bigirimana (Obertan 65’),
Cisse (Sammy Ameobi 80’) & Ba (Shola Ameobi 72’)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan