Sir Alex Ferguson gembira menyaksikan
pasukannya berjaya mengekalkan jurang tujuh mata milik mereka di tangga teratas
liga selepas mencatatkan kemenangan besar di awal tahun. United tidak
mengulangi kesilapan musim lalu dengan membenarkan Wigan menewaskan mereka di
DW Stadium apabila Javier Hernandez dan Robin Van Persie masing-masing
menyumbang dua gol dalam perlawanan semalam. Tambah melegakan Sir Alex apabila melihat
benteng pertahanannya tidak dibolosi buat kali kedua berturut-turut. Sir Alex
memuji persembahan penggempurnya biarpun turun tanpa Wayne Rooney yang terpaksa
direhatkan selama tiga minggu akibat kecederaan. “Robin datang kepada kami
ketika dia di puncak kariernya. Dia adalah penyerang yang lengkap dan punya
kemampuan menjaringkan gol-gol yang fantastik. Lihat saja gol pertamanya, itu
adalah gol yang cukup cantik. Javier pula menunjukkan yang dia adalah penyerang
istimewa dalam kotak penalti”, puji Sir Alex. Selepas ini United akan berdepan
West Ham dalam saingan Piala FA dan Sir Alex berkata beliau akan melakukan
penggiliran pemain ketika berkunjung ke Boleyn Ground hujung minggu ini. Glory
Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan