Walaupun berjaya melebarkan kedudukan
pendahulu liga kepada tujuh mata, Sir Alex Ferguson menganggap United bernasib
baik kerana berjaya menewaskan Southampton awal pagi tadi. Meskipun menguasai
sepenuhnya permainan di babak pertama, United membiarkan pelawat mengawal tempo
permainan di babak kedua. Jika tidak kerana kekentalan benteng pertahanan
menahan asakan dan kecemerlangan De Gea menyelamatkan sepakan percuma Rickie
Lambert, United tentu bakal berputih mata di halaman sendiri. “Dari pengalaman
saya, dalam mengharungi sesuatu kejuaraan ada kalanya anda akan berkata bahawa
kami hanya bernasib baik dan itulah yang berlaku malam ini. Saya fikir
Southampton memberikan penampilan terbaik mereka musim ini di babak kedua.
Mereka memberikan tekanan kepada kami hingga menyebabkan kami tidak selesa
ketika memegang bola”, kata Sir Alex. Sir Alex turut mendedahkan pemain
tengahnya, Michael Carrick sudah memohon maaf atas kesilapannya ketika
melakukan hantaran ke belakang hingga membolehkan Jay Rodriguez menjaringkan
gol pertama perlawanan. Penyokong-penyokong United cemas seketika apabila
Rodriguez berjaya menyambar bola hantaran lemah dari Carrick dan kemudiannya mudah
menewaskan De Gea, namun dua gol Wayne Rooney selepas itu akhirnya memberikan
tiga mata berharga buat United. “Hantaran ke belakang Carrick sedikit lemah dan
selepas itu dia mengangkat tangannya sebagai tanda mengakui kesilapannya. Saya
senang melihat sikap seperti itu. Ketika di bilik persalinan Michael berkata
`Maaf bos, maaf kawan-kawan’. Saat itu sungguh hebat”, kata Sir Alex lagi.
Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan