06 Januari 2013

REAKSI BOS SELEPAS PERLAWANAN


Sir Alex Ferguson melahirkan kekagumannya atas prestasi yang dipamerkan Robin Van Persie musim ini selepas pemain itu muncul penyelamat pasukannya ketika berdepan West Ham dalam saingan Piala FA awal pagi tadi. Van Persie sekali lagi menunjukkan kualiti sebagai penyerang kelas dunia di Boleyn Ground apabila menjaringkan gol penyamaan di babak akhir permainan sekaligus memaksa West Ham bermain perlawanan ulangan di Old Trafford. United sempat mendahului tuan rumah menerusi jaringan Tom Cleverley namun kemudiannya ketinggalan hasil dua gol James Collins. Ketika permainan memasuki masa kecederaan, rembatan kaki kanan Van Persie yang menerima hantaran jauh Ryan Giggs menyelamatkan United dari tersingkir dan memaksa kedua-dua pasukan bertemu sekali lagi untuk merebut slot ke pusingan keempat. Selepas tamat perlawanan, Sir Alex pantas memuji sumbangan yang diberikan Van Persie, pemain yang ditandatanganinya musim panas lalu. “Anda harus mengakui bahawa umpanan dari Giggs cukup berkualiti, tetapi penyudah dari Van Persie adalah kelas dunia”, kata Sir Alex. Keputusan seri 2-2 yang dicatat United semalam kembali membuka peluang buat barisan The Red Devils meneruskan misi mereka menjulang trofi Piala FA musim ini selepas kali terakhir memenanginya pada 2004. Tidak seperti musim-musim sebelumnya, Sir Alex menetapkan kejohanan ini (saingan Piala FA) sebagai sasaran mereka dan berharap United mampu melangkah ke perlawanan akhir buat kali pertama sejak 2007. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan