12 Januari 2013

SIR ALEX: SUAREZ DAN KONTROVERSI TIDAK DAPAT DIPISAHKAN


Perang psikologi menjelang perlawanan antara kelab yang menjadi musuh tradisi bukanlah sesuatu yang asing di England dan tidak terkecuali membabitkan pertemuan antara Mancheter United dan Liverpool esok. Sama ada cuba melancarkan perang psikologi ke atas rakan sejawatnya di Anfield, Brendan Rodgers atau ianya sekadar pendapat dari Sir Alex Ferguson, bos United itu melabelkan penyerang The Reds, Luis Suarez bagai tidak dapat dipisahkan dengan kontroversi. Musim lalu Suarez digantung lapan perlawanan selepas menghamburkan kata-kata berbau perkauman tehadap Patrice Evra. Tidak serik dengan hukuman yang diterimanya, Suarez sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila enggan berjabat tangan dengan Evra ketika pertemuan kedua-dua pasukan di Old Trafford. Minggu lalu, Suarez sekali lagi terlibat dengan kontroversi apabila menggunakan tangan untuk menjaringkan gol kemenangan Liverpool ke atas Mansfield Town dalam saingan Piala FA. “Saya tidak menyaksikan perlawanan itu (Mansfield menentang Liverpool), jadi sukar untuk mengatakan sama ada dia (Suarez) sengaja menggunakan tangannya atau tidak. Namun saya rasa dia memang tidak dapat dipisahkan dengan kontroversi. Saya tidak pasti sama ada dia sukakan hal itu atau tidak”, kata Sir Alex kepada Sky Sports. Pengendali Liverpool, Brendan Rodgers pula pantas mempertahankan pemainnya itu dengan meletakkan keyakinan tinggi bahawa Suarez mampu menangani tekanan yang bakal diterimanya dari penyokong-penyokong United di Old Trafford esok. Sir Alex mengakui tidak terkejut dengan reaksi Rodgers terhadap Suarez kerana tindakan seperti itu juga dilakukannya terhadap pemain-pemain United. “Kita tentunya akan memberi sokongan kepada pemain sendiri. Tindakan Rodgers tidak menghairan kerana saya sendiri pernah melakukannya. Itu merupakan satu tindakan untuk melindungi pemain”, kata Sir Alex lagi. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan