Manchester United dilaporkan muncul kelab terbaru
yang secara serius memantau perkembangan pemain muda Rayo Vallecano, Leo
Baptiste. Baptiste pemain berasal dari Brazil sudah menjaringkan enam gol dan mencipta
lima assist untuk Vallecano setakat
ini. Menurut akhbar Sepanyol AS, wakil-wakil dari Liverpool, QPR, Leeds dan
Brighton dilihat berada di Vallecano ketika kelab itu menewaskan Getafe 3-1,
Isnin lalu semata-mata mahu menyaksikan aksi Baptiste. Baptiste merupakan
antara pemain muda yang menjadi buruan di Eropah ketika ini dan dikatakan
mempunyai nilai sekitar £ 6 juta. Meskipun minggu lalu pemain berusia 20 tahun itu
dilaporkan sudah bersetuju menyertai Atletico Madrid musim panas hadapan namun tiada
pengesahan rasmi dari kedua-dua belah pihak dan laporan itu tinggal sebagai
spekulasi sahaja. Kontrak Baptiste bersama Vallecano hanya akan berakhir pada
2015, dan kelab yang kini menghuni tangga ketujuh La Liga itu tidak akan
melepaskan bintang mudanya dengan harga yang rendah. Meskipun sudah memiliki
barisan penggempur digeruni musim ini, Sir Alex melihat Baptiste sebagai aset
masa depan pasukannya serta memiliki potensi untuk muncul penyerang digeruni satu
hari nanti. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan