Manchester United akan bertandang ke gelanggang Estadio
Municipal de Braga bagi meneruskan kempen Eropah mereka musim ini. Selepas mengutip
sembilan mata maksimum pada tiga perlawanan pusingan pertama Kumpulan H, United
muncul satu-satunya wakil England yang belum tewas di saingan Liga Juara-Juara
musim ini. Kejayaan merampas kedudukan pendahulu takhta liga dari Chelsea
hujung minggu lalu menjadi suntikan semangat tambahan buat barisan The Red Devils menjelang pertemuan yang
dijadual berlangsung awal pagi esok. Braga berpeluang membalas dendam kekalahan
2-3 mereka di tangan United pada perlawanan pusingan pertama peringkat kumpulan
di Old Trafford meskipun pada satu ketika selesa mendahului 2-0. Dua jaringan
Javier Hernandez dan Jonny Evans ketika itu meranapkan harapan Braga untuk
mengutip tiga mata penuh sekaligus menamatkan rentetan rekod buruk lima
perlawanan tanpa kemenangan mereka ketika berdepan wakil England. Rekod United
ketika bertandang ke Portugal juga agak baik apabila menang lima kali, dua kali
seri dan empat kali kalah. Musim lalu United mencatat keputusan seri ketika
berdepan satu lagi wakil Portugal, Benfica dalam saingan peringkat kumpulan di
gelanggang lawan. Sementara itu khabar gembira diterima dari kem United apabila
pemain pertahanan, Chris Smalling akan berada dalam skuad buat pertama kali
musim ini. Pemain pertahanan itu diketepikan sejak sekian lama kerana mengalami
kecederaan ketika kempen pra musim United. Walaupun pada mulanya Smalling dijangka
akan hanya bermain minggu hadapan, namun selepas menjalani sesi latihan di
Carrington pada pagi Selasa, Ferguson kemudiannya mendedahkan pemain pertahanan
itu akan berada dalam skuad United yang akan berdepan dengan Braga nanti.
Menyedari
rekod baik Braga ketika bermain di gelanggang sendiri, Ferguson perlu bijak
menyenaraikan barisan terbaik untuk meraih tiga mata penuh di sana (Estadio
AXA) sekaligus memastikan tempat ke pusingan 16 pasukan nanti. Berdasarkan apa
yang diperkatakan Ferguson, United bakal tampil dengan skuad berbeza berbanding
ketika mereka menewaskan Arsenal, Sabtu lalu. “Perlawanan menentang Braga
memberikan peluang buat saya melakukan beberapa perubahan dalam skuad. Saya
mungkin menggunakan Smalling di barisan pertahanan manakala ada beberapa
perubahan di bahagian tengah dan serangan”, kata Ferguson. Berbeza dengan
United yang kehilangan khidmat Nemanja Vidic, Phil Jones dan Shinji Kagawa
manakala Darren Fletcher serta Paul Scholes pula tidak disenaraikan dalam skuad
yang akan berkunjung ke Portugal, Jose Peseiro memiliki skuad yang bebas dari
masalah kecederaan. Sejak tewas 2-3 kepada United di Theatre of Dreams, Braga mencatat dua kemenangan dalam saingan liga
dan kini menduduki tangga ketiga liga di belakang FC Porto dan Benfica. Penjaring
dua gol Braga di Old Trafford, Alan pasti menjadi sandaran utama Peseiro dalam
usaha mereka memburu gol. Jika Peseiro kekal dengan formasi 4-2-3-1, Custudio
dan Hugo Viana akan berfungsi melindungi benteng pertahanan manakala Ruben
Micael, Ruben Amorin, dan Alan pula dijangka mengisi posisi tiga pemain di
belakang penyerang utama Eder. Glory Glory Manchester United!!! - A.J
Lima Perlawanan Terakhir Braga:
04 Nov
2012: Sporting Braga 3-1 Gli Vicente (Liga Portugal)
29 Okt 2012: Maritimo 0-2 Sporting Braga (Liga Portugal)
24 Okt 2012: Manchester United 3-2 Sporting Braga (UCL)
20 Okt 2012: Sporting Braga 3-0 Leixoes (Piala Portugal)
07 Okt 2012: Sporting Braga 4-4 Olhanense (Liga Portugal)
29 Okt 2012: Maritimo 0-2 Sporting Braga (Liga Portugal)
24 Okt 2012: Manchester United 3-2 Sporting Braga (UCL)
20 Okt 2012: Sporting Braga 3-0 Leixoes (Piala Portugal)
07 Okt 2012: Sporting Braga 4-4 Olhanense (Liga Portugal)
Lima
Pertandingan terakhir Manchester United :
03 Nov
2012: Manchester United 2-1 Arsenal (EPL)
01 Nov 2012: Chelsea 5-4 Manchester United (Piala Liga)
28 Okt 2012: Chelsea 2-3 Manchester United (EPL)
24 Okt 2012: Manchester United 3-2 Sporting Braga (UCL)
20 Okt 2012: Manchester United 4-2 Stoke City (EPL)
01 Nov 2012: Chelsea 5-4 Manchester United (Piala Liga)
28 Okt 2012: Chelsea 2-3 Manchester United (EPL)
24 Okt 2012: Manchester United 3-2 Sporting Braga (UCL)
20 Okt 2012: Manchester United 4-2 Stoke City (EPL)
Barisan
Kemungkinan Braga:
Beto, Leandro Salino, Douglao, Coelho, Elderson,
Hugo Viana, Custadio, Ruben Micael, Ruben Amorin, Alan & Eder
Barisan
Kemungkinan United:
David de Gea, Rafael da Silva, Rio Ferdinand, Jonny
Evans, Patrice Evra, Michael Carrick, Anderson, Ryan Giggs, Danny Welbeck &
Javier Hernandez
Tiada ulasan:
Catat Ulasan