29 November 2012

TIP DARI LAGENDA


Lagenda Manchester United, Sir Bobby Charlton memberikan sokongan kepada Wayne Rooney untuk memecahkan rekod beliau sebagai penjaring terbanyak skuad kebangsaan England. Charlton menjaringkan 49 gol dari 106 penampilan untuk skuad The Three Lions di hadapan Gary Lineker yang menjaringkan 48 gol, Jimmy Greaves (44 gol) dan Michael Owen (40 gol), manakala Rooney pula ketika ini berada dikedudukan kelima dengan 32 gol dari 78 penampilan. Pada usia 27 tahun, Rooney dilihat mampu bermain untuk England sekurang-kurang lima atau enam tahun lagi dan Charlton percaya, semangat yang ada dalam diri Rooney setiap kali beraksi di atas padang membolehkan penyerang Manchester United itu bermain dalam tempoh lebih panjang. “Wayne mempunyai semangat dan bakat untuk melakukannya. Dia mampu melakukannya (mengatasi rekod jaringan Charlton) dan saya akan berasa sangat gembira jika dia berjaya kerana saya sukakan Wayne”, beritahu Charlton ketika ditemubual akhbar The Sun. “Saya sering berbual dengannya setiap minggu dan dia adalah seorang pemuda yang baik yang suka pada permainan dan mahu menjadi yang terbaik. Saya mempunyai banyak masa ketika bercakap dengannya dan dia adalah pendengar yang baik. Saya pernah berkata kepadanya, `Bolehkah saya memberikan kamu tip yang boleh membantu kamu ketika perlawanan? Kamu jangan takut melakukan percubaan. Apabila kamu mempunyai peluang, lepaskan saja rembatan sekuat yang kamu boleh”, kata Charlton lagi. Menurut Charlton, selepas memberikan tip tersebut kepada Rooney, penyerang itu berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Hull City keesokkan harinya. Rooney menjaringkan tiga gol untuk skuad kebangsaan ketika saingan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang San Marino dan Poland pada bulan Oktober yang lalu sekaligus berjaya melepasi angka 30 gol. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan