07 November 2012

FERGUSON: TIGA MATA UNTUK FERDINAND


Sir Alex Ferguson mahu memastikan tiga mata penuh diraih pasukannya ketika berdepan wakil Portugal, SC Braga dalam saingan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara awal pagi nanti. Kemenangan di gelanggang lawan awal pagi nanti dilihat penting buat Ferguson, bukan saja bagi memastikan United menempah slot ke pusingan 16 pasukan, malah turut memberi peluang buat pengendali itu merehatkan beberapa pemain tonggak terutamanya di benteng pertahanan. Krisis kecederaan benteng pertahanan United memaksa Ferguson menggunakan khidmat Rio Ferdinand ke tahap maksimum dan pertahanan berpengalaman itu dijangka sekali lagi mengetuai benteng The Red Devils ketika berdepan Braga. Bagaimanapun jika United berjaya mengutip tiga mata penuh di Estadio AXA nanti, Ferguson berpeluang merehatkan pemain pertahanan berusia 34 tahun itu pada baki saingan peringkat kumpulan selepas ini kerana United sudahpun layak ke pusingan kedua (16 pasukan). “Kami mahu menang perlawanan ini, Jika kami mampu melakukannya (menang ke atas Braga), kami akan layak ke pusingan kedua dan itu akan memberikan saya pilihan untuk menurunkan Smalling dan Jones pada baki saingan selepas ini. Situasi ini juga bagus agar pemain seperti Ferdinand mendapat rehat secukupnya dan kembali cergas”, kata Ferguson. Ferguson sebenarnya agak khuatir dengan kecergasan pertahanan berpengalaman itu yang terpaksa bermain pada perlawanan liga (Sabtu lalu) dan Liga Juara-Juara (awal pagi esok). Bagaimanapun suka atau tidak, Ferguson terpaksa menagih khidmat Ferdinand bagi memimpin benteng pertahanan United selepas ketiadaan Nemanja Vidic dan Phil Jones manakala Chris Smalling pula baru pulih dari kecederaan yang dialaminya sejak Julai lalu. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan