UNITED LEBIH BAGUS DARI CITY: Patrice Evra menyemarakkan lagi permusuhan antara United dengan jiran mereka Manchester City. Hubungan antara dua kelab berjiran itu mulai panas selepas City diambil alih keluarga diraja dari UAE. City sebelum 2009 tidak pernah dianggap pencabar serius kepada United namun nasib mereka berubah selepas pemilik kelab melaburkan ratusan juta Pound untuk membawa masuk pemain-pemain bertaraf bintang. Hasil dari pelaburan itu, City akhirnya muncul kuasa baru bolasepak England dalam tempoh yang singkat. Permusuhan antara dua kelab berjiran itu mencapai kemuncaknya musim lalu apabila mereka menguasai persaingan merebut kejuaraan Liga Perdana, tetapi City akhirnya muncul juara liga mengatasi United dengan hanya perbezaan gol. Meskipun City kini adalah juara bertahan Liga Perdana, Evra sebaliknya mengatakan bahawa The Red Devils akan sentiasa berada di hadapan dan lebih unggul berbanding The Citizens. “Manchester United sentiasa saja lebih unggul berbanding City. Walaupun mereka (City) berjaya menjulang trofi Liga Perdana musim lalu tetapi mereka tetap di bawah kami”, kata Evra.
HUTANG SEMAKIN MENGECIL:
Manchester United berjaya mengurangkan beban hutang yang ditanggung mereka atas
bantuan dana dari pihak penaja. Jumlah hutang keseluruhan United kini ialah
sekitar 359.7 juta Pound. Pendapatan yang diperolehi United dalam tempoh
setahun mencapai hingga 360 juta Pound dengan sebahagian besar jumlah
pendapatan ini hadir menerusi tajaan dari General Motors. “Manchester United
mencatat rekod kewangan di suku pertama hasil dari operasi pengurusan kami,
pertumbuhan pendapatan di peringkat global melalui hak menyiaran media dan
tajaan”, kata wakil Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward.
FULHAM PINTAS UNITED:
Fulham berjaya mengatasi Manchester United dalam perebutan mendapatkan pemain
remaja kelahiran Cameroon, Noe Baba. Pemain berusia 16 tahun itu bersetuju
mengikat kontrak dan akan menyertai The
Cottagers Januari hadapan. Baba sebelumnya bermain untuk Castlebar Celtic
di Republik Ireland dan muncul pemain berdarah Afrika pertama dilantik menjadi
kapten skuad U-17 Republik Ireland. Prestasi cemerlang yang ditunjukkan Baba
membolehkan namanya diserap masuk ke dalam skuad U-21 Republik Ireland bulan
lalu. Baba merupakan pemain serba boleh kerana selain bertindak di posisi bek
tengah dia juga boleh diletakkan sebagai pemain tengah bertahan. United,
Sunderland dan Glasgow Celtic adalah antara kelab yang memburu kelibat Baba
sebelum dia memutuskan menyertai Fulham.
AJAX LINDUNGI VIKTOR FISCHER:
Pada usia 18 tahun, penyerang Ajax Amsterdam, Viktor Fischer khabarnya menarik
minat Sir Alex Ferguson selain dua lagi kelab Sepanyol, Real Madrid dan
Atletico Madrid. Untuk melindungi pemain itu dari menjadi sasaran kelab-kelab
besar Eropah yang lain, Marc Overmars (Pengarah De Amsterdammers) ingin menawarkan kontrak baru kepada bintang
remaja Denmark itu. “Kami sedang mengadakan perbincangan dengan Fischer
mengenai kontrak baru hingga 2016. Kami ingin melindunginya kerana sedar dia
merupakan pemain berbakat besar”, kata Overmars. Fischer menjaringkan dua gol
pada penampilan pertamanya ketika membantu Ajax menewaskan FC
Zwole 4-2 hujung minggu lalu.
CANTONA IDAM GANTI TEMPAT
FERGIE: Lagenda Manchester United, Eric Cantona mengakui dia
gembira jika dapat menggantikan tempat Sir Alex Ferguson sebagai pengurus United satu
hari nanti. Cantona yang kini menyandang jawatan sebagai pengarah bolasepak di kelab New York Cosmos percaya Ferguson akan terus mengendalikan United
untuk tempoh yang lama. “Sir Alex masih muda, dia memiliki begitu banyak tenaga
dan cintakan bolasepak. Saya mahu Sir Alex menjadi pengurus United untuk
selama-lamanya. Beliau seorang pemenang, kerana itulah dia telah memenangi
banyak kejuaraan bersama United”, kata Cantona. Ketika ditanya apakah dia akan
menerima sekiranya ditawarkan menggantikan tempat Ferguson? Cantona menjawab,
“United adalah istimewa buat saya dan tentu saja saya akan menerimanya”. Glory Glory Manchester United!!! - A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan