Pengurus
Manchester United, Sir Alex Ferguson tidak sabar menanti perlawanan antara
United dan Aston Villa di Villa Park. United akan bertandang ke Villa Park hari ini dengan misi memburu tiga mata penuh bagi mengekalkan cengkaman mereka selaku
pendahulu liga selepas dua lagi pesaing utama iaitu Chelsea dan Manchester City
akan hanya turun beraksi esok. Kunjungan ke Villa Park sebenarnya memberikan
banyak kenangan buat pengendali United itu dan antara yang paling diingatinya
ialah ketika pertemuan Piala FA pada 2002. Selepas ketinggalan 0-2 kepada tuan
rumah, United bangkit mengikat kedudukan menerusi dua jaringan Ruud Van
Nistelrooy manakala satu jaringan dari Ole Gunnar Solskjaer memastikan United melakarkan
kemenangan sekaligus menyingkirkan Villa dari saingan Piala FA musim 2001/02. “Saya
masih ingat tentang beberapa prestasi luar biasa kami ketika bermain di sana.
Ada beberapa kenangan terutamanya ketika kami ketinggalan 0-2 (pada saingan
Piala FA 2002), kemudiannya Ruud dan Ole menjaringkan gol yang akhirnya
meletakkan kami sebagai pemenang”, kata Ferguson. Kunjungan ke Villa Park pada
perlawanan terakhir musim 1999/2000 juga tidak dapat dilupakan Ferguson selepas
United memerlukan empat gol untuk mencapai sasaran 100 gol musim tersebut.
Biarpun mencipta banyak peluang menjaringkan gol, United hanya mampu membolosi
gawang Villa menerusi jaringan tunggal Teddy Sheringham, sekaligus menyebabkan
Ferguson kempunan mahu menyaksikan pasukannya memenuhi sasaran 100 gol semusim.
Pada perlawanan itu juga Ferguson sebenarnya hampir saja menurunkan Darren
Fletcher yang ketika itu baru berusia 15 tahun tetapi peraturan Liga Perdana
tidak membenarkannya berbuat demikian. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan