Manchester United berdepan
tugas getir dalam kunjungan mereka ke Carrow Road awal pagi esok. Meskipun
mencatat kemenangan pada dua perlawanan terakhir ke atas Norwich, United
dijangka menerima tentangan sengit dari tuan rumah selepas skuad The Canaries itu tidak tewas dalam lima
perlawanan terakhir mereka. Kali terakhir Norwich menewaskan United ialah pada
9 April 2005 sebelum mereka tersingkir ke Liga Kejuaraan. Tiga kemenangan dan
dua kali seri dari lima perlawanan terakhir yang dicatatkan tuan rumah sudah
cukup untuk memberikan amaran kepada United bahawa tentangan sengit bakal
diterima pendahulu liga itu di Carrow Road nanti. Musim lalu, United menang 2-1
di sini menerusi jaringan Paul Scholes yang kemudiannya berjaya disamakan Grant Holt, sebelum
Ryan Giggs menjaringkan gol lewat permainan untuk memberikan tiga mata penuh
buat The Red Devils. Prestasi terkini
United juga cukup bagus apabila menang empat kali dan tewas sekali (kepada Chelsea dalam saingan Piala Capital One) dari lima
perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan. Kali terakhir United tewas
dalam saingan liga ialah pada 30 September lalu kepada Tottenham Hotspurs di
Old Trafford. The Red Devils kemudiannya
bangkit dengan mengutip 15 mata maksimum pada lima perlawanan liga mereka
selepas itu, sekaligus berjaya merampas kedudukan teratas liga dari Chelsea.
Norwich juga dilihat agak kebal ketika beraksi di gelanggang sendiri apabila
daripada 11 mata yang dikumpul mereka setakat ini, 8 darinya berjaya diraih
ketika beraksi di Carrow Road. Benteng pertahanan tuan rumah juga bakal
memberikan masalah buat barisan hadapan United selepas menyaksikan mereka hanya
dibolosi satu gol dari empat perlawanan terakhir liga.
Penyerang Aston Villa,
Christian Benteke muncul pemain terakhir yang berjaya membolosi pintu gol
Norwich ketika pertemuan antara kedua-dua pasukan di Villa Park pada 27 Oktober
lalu. Pastinya menarik untuk menyaksikan bagaimana barisan hadapan United yang
sudah mengumpul 29 gol dari 11 perlawanan berdepan benteng pertahanan kental tuan
rumah yang diterajui bekas pertahanan Spurs, Sebastian Bassong. Meskipun
mengakui penjaring terbanyak liga setakat ini, Robin Van Persie sudah pulih
untuk berdepan perlawanan awal pagi esok, Sir Alex Ferguson akan melihat Wayne
Rooney dan Jonny Evans menyertai Nemanja Vidic, Nani dan Shinji Kagawa dalam
senarai pemain di bilik rawatan pasukannya. Van Persie dan Rooney terlepas aksi
perlawanan antarabangsa untuk skuad kebangsaan masing-masing pertengahan minggu
ini selepas mengalami kecederaan ketika berdepan Villa. Tempat Evans pula bakal
diisi Chris Smalling yang akan bergandingan dengan Rio Ferdinand manakala Phil
Jones mungkin akan bermula di bangku simpanan selepas kembali semula ke
pangkuan skuad. Antonio Valencia, Anderson, Tom Cleverley dan Michael Carrick mungkin digunakan untuk mengisi bahagian tengah manakala di bahagian serangan pula, Ferguson bakal menggunakan kombinasi Van Persie dan Javier Hernandez berikutan ketiadaan Rooney dalam perlawanan ini. Bagi tuan
rumah pula mereka akan kekal tanpa khidmat pemain pertahanan Russel Kane, manakala
pemain tengah Alex Tettey pula dijangka kembali memperkuatkan pasukan. Grant
Holt kekal sebagai sandaran utama Chris Hughton untuk memburu gol dan pertahanan
United perlu berhati-hati dengan kelebihan penyerang itu terutamanya ketika
perebutan bola di udara. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
5 Perlawanan
Terakhir Norwich City :
10/11/2012
: Reading 0 – 0 Norwich City, Liga Perdana
03/11/2012 : Norwich City 1 – 0 Stoke City, Liga Perdana
01/11/2012 : Norwich City 2 – 1 Tottenham, Piala Liga
27/10/2012 : Aston Villa 1 – 1 Norwich City, Liga Perdana
20/10/2012 : Norwich City 1 – 0 Arsenal, Liga Perdana
03/11/2012 : Norwich City 1 – 0 Stoke City, Liga Perdana
01/11/2012 : Norwich City 2 – 1 Tottenham, Piala Liga
27/10/2012 : Aston Villa 1 – 1 Norwich City, Liga Perdana
20/10/2012 : Norwich City 1 – 0 Arsenal, Liga Perdana
5 Perlawanan Terakhir Manchester United :
11/11/2012
: Aston Villa 2 – 3 Manchester United, Liga Perdana
08/11/2012 : Braga 1 – 3 Manchester United, Liga Juara-Juara
03/11/2012 : Manchester United 2 – 1 Arsenal, Liga Perdana
01/11/2012 : Chelsea 5 – 4 Manchester United, Piala Liga
28/10/2012 : Chelsea 2 – 3 Manchester United, Liga Perdana
08/11/2012 : Braga 1 – 3 Manchester United, Liga Juara-Juara
03/11/2012 : Manchester United 2 – 1 Arsenal, Liga Perdana
01/11/2012 : Chelsea 5 – 4 Manchester United, Piala Liga
28/10/2012 : Chelsea 2 – 3 Manchester United, Liga Perdana
Barisan Kemungkinan Norwich :
John Ruddy, Steven Whittaker, Michael Turner, Sebastian Bassong, Javier Garrido, Alex Tettey, Bradley Johnson, Robert Snodgrass, Wes Hoolahan, Anthony Pilkington & Grant Holt
John Ruddy, Steven Whittaker, Michael Turner, Sebastian Bassong, Javier Garrido, Alex Tettey, Bradley Johnson, Robert Snodgrass, Wes Hoolahan, Anthony Pilkington & Grant Holt
Barisan Kemungkinan United :
David de Gea, Rafael da
Silva, Rio Ferdinand, Chris Smalling, Patrice Evra, Antonio Valencia, Michael Carrick,
Tom Cleverley, Danny Welbeck, Robin Van Persie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan