Langkah
Manchester United yang dikatakan mahu mendapatkan khidmat pemain Glasgow
Celtic, Victor Wanyama disokong kuat bekas pemain The Red Devils sendiri iaitu Gary Neville. Penampilan Wanyama
ketika membantu Celtic membenam Barcelona pada saingan Liga Juara-Juara Khamis
lalu menarik perhatian bekas kapten United itu. Neville tanpa ragu-ragu percaya
jika United mahu membawa Wanyama ke Old Trafford, ia merupakan tindakan yang
tepat diambil Sir Alex Ferguson. Spekulasi tentang minat United terhadap
Wanyama memang bertiup kencang sejak Julai lalu dan semakin hangat diperkatakan terutamanya selepas Ferguson menghantar adiknya,
Martin memantau kelibat Wanyama ketika pertemuan Celtic/Barca tempohari. “Apa
yang dipamerkan Wanyama dalam perlawanan itu sudah cukup untuk meletakkan
namanya dalam pasaran perpindahan pemain Januari nanti”, kata Neville yang
disiarkan menerusi Tribalfootball.
Walau bagaimanapun Neville kurang yakin dengan peluang bekas kelabnya itu
mendapatkan khidmat Wanyama memandangkan pihak pengurusan Celtic, terutamanya
pengurus mereka, Neil Lennon pastinya akan sedaya upaya cuba mengekalkan pemain
itu di Scotland. “Celtic tentunya akan mengawal pemain itu seketat yang boleh
bagi mengelakkannya dari menyertai pasukan lain”, kata Neville lagi. Glory Glory Manchester
United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan