13 November 2012

FERDINAND BELUM PASTI SARUNG JERSI UNITED MUSIM DEPAN


Tonggak pertahanan Manchester United, Rio Ferdnand mengatakan bahawa dia tidak memberi jaminan akan menyarung jersi United untuk musim depan. Perbincangan kontrak baru masih belum diadakan antara kedua-dua belah pihak (Ferdinand dan United) walaupun Sir Alex Ferguson mengatakan bahawa Ferdinand mampu bermain di peringkat tertinggi selama dua atau tiga tahun lagi. Ferguson turut mengatakan bahawa pihak pengurusan United akan menawarkan kontrak selama 12 bulan kepada Ferdinand sekaligus bakal menyaksikan pemain itu berada di Old Trafford untuk musim ke-11. Ferdinand yang genap berusia 34 tahun minggu lalu, mengatakan dia akan memikirkan tentang masa depannya bersama United sebelum memutuskan sama ada akan terus bermain atau tidak. “Ia sesuatu yang baik apabila mendengar pengurus mengatakan perkara seperti itu, tetapi saya akan membuat keputusan dalam tempoh beberapa minggu lagi. Mungkin saya akan membuat keputusan pada Disember atau Januari ketika saingan semakin sengit. Ketika itu saya dapat menilai sama ada saya mampu bermain lagi atau memutuskan untuk bersara”, kata Ferdinand. Bekas pertahanan West Ham dan Leeds United itu muncul tokoh penting di barisan belakang United musim ini selepas ketiadaan Nemanja Vidic, Chris Smalling dan Phil Jones akibat kecederaan. Tahun ini juga menjadi tahun yang sukar buat Ferdinand apabila namanya tidak disenaraikan dalam skuad kebangsaan ketika pusingan akhir kejohanan Euro 2012 selain menerima kecaman Ferguson selepas tindakannya memboikot kempen anti perkauman ketika pertemuan menentang Stoke City bulan lalu. Glory Glory Manchester United!!! – A.J

Tiada ulasan:

Catat Ulasan