DE GEA PENJAGA GOL NO 1
UNITED: Penampilan cemerlang David de Gea sejak akhir-akhir ini
mendapat perhatian dan pujian dari lagenda Manchester United, Alex Stepney.
Stepney adalah penjaga gol United era 60an hingga 70an dan merupakan anggota
skuad The Busby Babes yang menjulang
trofi Eropah (Liga Juara-Juara) pada 1968. Ketika diminta memberikan
pendapatnya tentang penampilan De Gea, Stepney mengatakan bahawa Sir Alex
Ferguson melakukan langkah yang tepat dengan menandatangani pemain itu musim
lalu. Meskipun melakukan kesilapan ketika berdepan Fulham, Stepney mengatakan
prestasi De Gea semakin meningkat dan beliau meletakkan De Gea sebagai penjaga
gol utama United dalam saingan musim ini. “Saya menyaksikan permainan David
awal musim ini. Saya berpendapat dia adalah penjaga gol yang kuat dan
bertenaga. Dia berjaya menyesuaikan dirinya dengan gaya bolasepak Inggeris,
tetapi saya lihat dia masih seorang penjaga gol yang gemar menumbuk bola keluar
dari petak penalti. Paling penting, pemain pertahanan United sudah mengenali
gaya permainan De Gea terutamanya ketika dia bertindak keluar untuk menangkap
bola”, kata Stepney. Setakat ini De Gea sudah diturunkan sebanyak 12 kali dalam
semua kejohanan musim ini manakala pesaingnya Anders Lindegaard pula tampil
sebanyak 5 kali dan sering keluar masuk bilik rawatan.
UNITED MAHU LAMELA:
Manchester United dilaporkan berhajat mendapatkan bintang muda AS Roma, Erik
Lamela, Januari ini. Selepas berdepan saingan sengit dalam usaha mereka
mendapatkan bintang Porto, James Rodriguez berikutan kemunculan Barcelona yang
turut mensasarkan pemain antarabangsa Colombia itu, Sir Alex Ferguson kini
mengalihkan perhatiannya kepada Lamela. Menurut media di Itali, prestasi Lamela
musim ini bersama AS Roma menarik perhatian Ferguson dan pengendali itu
dikatakan akan berusaha membawa Lamela ke Old Trafford musim dingin ini
(Januari). Musim panas lalu Roma menolak tawaran 15 juta Euro dari beberapa kelab
Eropah untuk bekas pemain River Plate itu.
ROONEY INGIN PECAHKAN REKOD
CHARLTON:
Wayne
Rooney kini sudah mengumpul 184 gol untuk United dalam semua kejohanan dan
hanya dibezakan dengan 64 gol saja dari pemegang rekod penjaring terbanyak
United, Sir Bobby Charlton. Pada usia 27 tahun, Rooney mengakui dia mampu
bermain sekurang-kurangnya sepuluh tahun lagi dan optimis mampu mengatasi rekod
lagenda United itu. “Sir Bobby Charlton memegang rekod itu, jadi ia merupakan
cabaran yag besar. Jika saya mampu memecahkan rekodnya sebagai penjaring
terbanyak United dan England…wow itu adalah sesuatu yang hebat”, kata Rooney.
Rooney juga menjadikan Ryan Giggs dan Paul Scholes sebagai inspirasinya dan
percaya, sepertimana kedua-dua pemain itu dia juga mampu bermain sehingga
berusia 37 tahun.
FERDINAND YAKIN MASA DEPAN
KEANE CERAH: Meskipun baru berusia 19 tahun, Rio
Ferdinand yakin Michael Keane akan muncul tonggak utama Manchester United satu
hari nanti. Keane kini dipinjamkan ke kelab Liga Kejuaraan, Leicester City dan
menurut Ferdinand, hal itu sangat bagus buat pemain muda sepertinya untuk
menimba pengalaman. Keane menurut Ferdinand adalah prospek yang bagus buat
United dan percaya masa depan pemain itu di Old Trafford cukup cerah. “Dia akan
menimba pengalaman di sana (Leicester) dan perkara itu bagus untuk perkembangan
kariernya. Dia merupakan pemain berbakat besar dan saya sudah berkali-kali bercakap
tentang pemain itu dalam tempoh beberapa tahun ini”. Kata Ferdinand.
DIMINATI
UNITED, RODRIGUEZ TETAP TENANG: Meskipun dikaitkan dengan
minat Manchester United terhadap dirinya, bintang antarabangsa Colombia, James
Rodriguez tetap tenang berdepan situasi itu. Sir Alex Ferguson dilaporkan sudah
menghantar pemerhati sebanyak tujuh kali bagi memantau aksi Rodriguez sepanjang
musim ini dan ramai pihak yakin, United akan cuba mendapatkan pemain itu
Januari ini. “Anda mesti bersikap tenang berdepan perkara ini. Khabar angin
seperti itu tidak perlu difikirkan sangat kerana saya perlu fokus dengan apa
yang saya lakukan sekarang”, kata Rodriguez. Glory Glory Manchester United!!! –
A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan