Pertembungan
Manchester United dan Arsenal di Old Trafford esok bakal menjadi tumpuan ramai,
bukan saja terhadap pemain-pemain kedua-dua pasukan yang beraksi di atas padang,
malah turut terarah kepada pengadil perlawanan, Mike Dean. Dean dilantik FA
untuk mengadili perlawanan yang dijangka sengit ini, dan beliau sebenarnya
turut memiliki rekod `pelik’ dalam kariernya sebagai pengadil. Entah kebetulan
atau tidak, The Gunners hanya menang
sekali dari 12 perlawanan di bawah pengadilan Dean. Dean juga pernah dilabel
sebagai `anti Arsenal’ selepas dia didapati seolah-olah `merayakan’ gol
jaringan Louis Saha ketika sedang mengadili perlawanan antara Arsenal dan
Tottenham di Emirates. Ketika ditanya tentang aksinya dalam perlawanan itu,
Dean hanya menjawab bahawa dia melompat kerana ingin melihat sama ada
bola sudah melepasi garisan gol atau tidak. Semoga Dean dapat menjalankan
tugasnya malam esok dengan baik agar perlawanan United/Arsenal itu berlangsung dengan lancar dan menarik. Glory Glory Manchester United!!! – A.J
Tiada ulasan:
Catat Ulasan